About Me
# Siti Nursyuhada Ghazali
# BEng(Hons)Electronics majoring Telecommunications
# Cancerian
#cyborg30@gmail.com


Express Yourself LIVE

Navigation
#Cinta Semusim
#KampungBurnForum
#Hlovate
#Jangan Ada Dendam
#JiwangORG
#Kampung
#Mama mass
#Malayonline
#Radha
#Yui-Lover
#Yui


Mine
#Chatroom
#My Google
#Friendster
#Fotopages
#Immir Profile
#Myspace

Friends
#Zaza Cayang
#Ika Cayang
#Abe Man's
#Abg T-rex
#Abg Amad
#Acid
#Adi
#Afique
#Alia
#Apek
#Ayed
#Azlan Jelly
#Azhan Rosli
#Bluewind
#Faris Kira
#Ijud
#Kak Nina
#Kak Nora
#Kak Sha
#Kak Syaff
#Mama
#Pejal
#Pitt San
#Syufyq

Archives
July 1990
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007

Tagboard

Credits
Blogger
Blogskins
Layout


Sunday, December 03, 2006

assalamualaikum..

saya ada satu ceritera untuk dikisahkan hari ini..kisah mengenai seorang lelaki bernama Bahari..Bahari bukanlah lelaki yang suka bergurau..peribadinya dan tingkahnya menjadikan orang takut untuk dekat padanya..kelihatan garang..jarang tersenyum..namun..hatinya baik..rapat dengan sesetengah anak2 buahnya yang "tak makan saman :)"..die suka membawa mereka melancong kemana saja..membelanjakan wang untuk mereka makan2..dan sebagainya..namun..die tetap sering disalah tafsir oleh orang kampung dan keluarganya sendiri keran sikapnya yang sukar tersenyum..

Bahari pernah bercinta..cinta pertama mungkin..saya kurang pasti..dengan seorang gadis berbangsa cina..memang mereka saling menyukai antara satu salah lain..jika tidak silap..ketika mereka di awal 20-an..namun cinta terputus ditengah jalan..gadis itu sudah bersedia untuk menganut Islam dan belajar untuk menjadi muslim sejati..namun..sudah takdir tuhan..gadis itu menyambung pelajarannya dan mereka terpisah..

sejak itu..sukar sungguh untuk Bahari menerima cinta..sudah cuba dijodohkan oleh keluargannya..namun dia tegar untuk tidak menerima sesiapa..hatinya seolah sudah tertutup..

ketika usianya menjangkau 46..cinta datang lagi..kali ini..dengan satu sinar pelangi yang menjanjikan kebahagian..dia membuka hatinya untuk Azizah..alhamdulillah..setelah berkenalan sesuainya..mereka mengambil langkah untuk diijabkabulkan untuk perhubungan yang dihalalkan..Azizah ketika itu sudah berusia 47 tahun..orang kampung memandang sendeng pada mereka..ramai yang mulanya menganggap,cinta Azizah adalah pada wang ringgit...ada yang menganggap mereka memaksa diri.."desperate" kata orang..namun..aku sendiri melihat..ada cinta dimata nya..

pertama kali..sejak 19 tahun kehidupanku dimuka bumi ini..aku melihat Bahari atau orang yang aku panggil Pak Ndak itu,tersenyum sepanjang hari..malah,dia ketawa girang..kerana hadirnya Hajjah Azizah dalam hidupnya..yang aku kira..cukup sepi selama ini..alhamdulillah..bertemu jua jodohnya..walau di kala usia semakin senja..namun,cinta sejati tetap menjengah..aku dapat lihat..ketika Pak Ndak ku tiba2 menyanyi karoke dihadapan tetamu,Mak Ndak ku datang kepadanya..memeluk tangan Pak Ndak dengan penuh kasih sayang..ah..romantis..ada sedikit cemburu dihatiku melihatkan perlakuan mereka..terfikir..bila agaknya,cinta sebegitu suci akan hadir dalam hidupku..

cara mereka memandang satu sama lain..berjalan berpimpinan tangan..berbual mesra..membuat hatiku terusik..setelah 46 tahun Pak Ndak menunggu..akhirnya dia ketemu jua dengan gadis pilihannya..teringat bait lirik Pencinta Wanita.."kini saat ku akhiri semua pencarian dalam hidup,ternyata yang ku mahu..hanyalah dia.."indah nya saat melihat mereka diatas pelamin..pertama kali juga dalam hidupku,aku bersalaman atau kata orang kampung,menyembah pengantin di pelaminan..keindahan cinta mereka membuat aku tertarik untuk melakukan upacara sebegitu..

hari ini..Pak Ndak bukan lagi yang seperti dulu..sukar tersenyum hatta ketawa..pendiam..suka menyendiri..dia kini sudah menjadi lelaki yang betul2 sejati..doaku..agar mereka bahagia bersama sepanjang hidup sehingga ke akhir hayat..biarlah cinta itu datang hanya sekali..dan kekal dalam diri..hingga nyawa dijemput Ilahi..


posted by MatSyuMiya at 9:24 PM

~~~*~~~